Powered By Blogger

Friday, February 12, 2010

Entry kali ini saya nak terangkan serba sedikit tips-tips yang telah diberikan oleh pakar motivasi yang tak asing lagi di Malaysia ni iaitu Dato Dr. Fadzilah Kamsah .Sama2 kita hayati moga memperoleh ilmu yang berguna untuk masa depan kita.Insyaallah!

Adat Makan & Minum

1)Maafkan semua kesilapan orang tak kira siapa dia tu sama ada pernah buat jahat kepada kita atau tidak.Insyaallah Allah akan lipat gandakan rezeki kita.Ini kerana,sebelum tidur apabila kita memaafkan semua kesilapan orang,Otak kita akan generatekan semua ucapan kita dan kita akan bersemangat keesokan harinya.

2)Adalah lebih baik kita makan buah buahan yang ada vitamin C sebelum breakfast, lunch atau dinner dan ini merupakan satu Sunnah dan kita kan mendapat ganjaran pahala.

3)Jangan minum air semasa sedang makan dan minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama, biarkan air dalam mulut di antara 10 saat kemudian baru telan. Selepas itu,teguk kedua dan seterusnya baru boleh minum terus kerana air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas dan perut kita.

4)Adalah lebih baik makan malam sebelum maghrib kerana ini merupakan sunnah Rasullullah.S.A.W. Elok kepada kita yang nak study pada waktu malam kerana otak akan berfungsi dengan lebih baik dan mudah untuk ingat apa yang kita belajar.Orang cina memang suka makan pada waktu petang diantara jam 6.30 ptg - 7.30 malam.

Adat Dalam Bilik Air

1)Selepas kita buang air kecil,Pastikan kita teran sikit kerana ini dapat elak kita dapat batu karang.Dan time nak buang air besar pula,pastikan kita mengiring sikit ke kiri.Ini kerana mengikut sunnah,bila kita mengiring ke kiri,kita akan mudah buang air besar kerana perut akan tekan bladder.

Adat Mendidik Anak

1)Antara tips yang diberikan oleh Dr.Fadzillah Kamsah dalam mendidik anak, untuk dpt anak yang bijak dan genius, pastikan kita tidur mengiring ke kanan kerana jantung(terletak sebelah kiri) akan lebih mudah berdegup (baik untuk perjalanan darah) dan otak anak akan lebih cepat berkembang.

2)Jangan pakaikan anak2 "hyper active" or kurang "hyper active" baju yang bewarna orange kerana boleh merangsang tindak tanduk anak menjadi lebih nakal dan sentiasa bersemangat waja.


Adat Mendidik Diri Sendiri(kita)

1)Amalkan amalan dan perkara2 yg baik selama 21+ dan seterusnya. Rasullullah S.A.W pernah bersabda,amalan yg diamalkan sekitar 21 hingga 30 hari seterusnya akan menjadi tabiat dan kalau tak amalkan, ilmu itu akan mati.

2)Buang semua hasad dengki,dendam,tak puas hati or whatever benda2 yang negativ yang ada dalam diri kita bagi membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine dan boleh kurangkan penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya),selalu sakit perut dan sebagainya.

3 Kategori Manusia

TERPEDAYA :Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

"Anda Berada Dalam Kategori Mana".? Tepuk Dada tanyalah Iman..Wasalam

Sunday, January 3, 2010

KITA SEBENORNYA...........

Kita sebenarnye......Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnye......Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnye......Lebih membesarkan hari Sabtu,Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnye......Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnye......Lebih suka lepak,tidur,tengok TV daripada sembahyang

Kita sebenarnye......Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnye......Lebih suka menyebut hello!..hai! daripada assalamualaikum

Kita sebenarnye......Lebih suka menyanyi daripada berwirid,bertahmid

Kita sebenarnye......Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnye......Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnye......Lebih suka ke konsert,karaoke daripada ceramah agama

Kita sebenarnye......Lebih suka mengumpat, dan cakap hal orang lain daripada memuji mereka

Kita sebenarnye......Lebih suka merapu daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnye......Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan

Kita sebenarnye......Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita

Kita sebenarnye......Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita,kita pasti akan jawab KITA SEBENONYA......

Kita sebenarnye......Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT??? Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat,maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman,maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."

Oleh itu,renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah..

Friday, January 1, 2010

Strategi syaitan profesional

SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan.

Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.

Di sini kita boleh lihat beberapa strategi syaitan. Syaitan menggunakan pelbagai cara utk menggoda manusia. Oleh itu, kita mesti mengetahuinya supaya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.

Antara strategi syaitan ialah:

1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan.

Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang meyakinkan."

Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia.

Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan.

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi s.a.w dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."

Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran.

Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.

3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas, sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan berasa bersama dengan Allah.

4. Syaitan sangat suka orang sombong diri, sebaliknya syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri.

Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh' (Tuhan).

Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu 'BEST'. B merujuk kepada 'believe in Allah' (beriman kepada Allah), E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati), S ialah 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas) dan T ialah 'towards excellence' (menggapai keunggulan).

Cuma satu hal, apabila sudah berjaya jangan sombong diri, nanti makan diri.