Powered By Blogger

Friday, April 22, 2011

kEmAtIaN iTu PaStI...


Hari ni dikejutkan dgn berita kematian Prof. Madya Dr. Ahmad Redwan Yunus...pensyarah yg prnah mngajar me swktu tahun2/sem1 yg lalu..walaupun beliau msih muda namun itulah kehendak Allah utk mngambil hambaNya kembali pulang ke pangkuan Ilahi..mge arwah ditempatkn di kalangan hamba -hmbaNya yg soleh..

Kita yang masih hidup ini adakah mengingati akan kematian? atau masih diulit mimpi dan keseronokkan duniawi?

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.” (al-Ankabut:57)..


Bersediakah kita menghadapi kematian?


Kematian bukan hal yang tabu bagi kita, aku, kamu, semua yang ada di bumi ini akan mengalami kematian. Adakah kita tahu saat ajal datang menjemput.? Tiada siapa yang mengetahui saat kematiannya. Andai kita tahu pasti ramai yang menghabiskan waktu menghadap Ilahi memohon keampunan sebelum hampir kematian itu. Andai kita tahu pasti siang dan malam kita tidak lekang dari menyebut nama-NYA.



Kita diibaratkan seperti burung dan malaikat Izrail adalah ular seperti gambar diatas.


Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati? Apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua itu akan musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan? Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati kerana tidak bersedia menghadapi kematian kerana masih dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri. Mengingati akan kematian sebaik-baik kebijaksanaan akal dan kecergasan minda. Ingat akan mati dapat menyelamatkan diri dari kelazatan dunia dan dosa.


"Mati memisahkan kita dari duniawi,

Mati memisahkan kita dari kekusutan,

Mati memisahkan kita dari bahagia,

Mati adalah janji yang ditepati,

Mati itu pasti bagi setiap yang hidup."


Sunday, April 17, 2011

Matlamat al-Quran Itu Jelas..


Adalah menjadi arahan Allah SWT kepada seluruh Muslimin untuk mengikuti syara'. Hanya mereka yang mematuhi syara' yang akan beruntung. Keuntungan tersebut bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat. Hal ini akan berlaku dalam semua suasana dan ketika sekiranya syara' dipatuhi.

Untuk mengikuti syara' perlulah kepada matlamat yang terang. Matlamat yang terang perlu berhubung dengan keimanan kepada Allah SWT. Hanya matlamat yang berhubung dengan Allah SWT yang akan membawa kita kepada kejayaan yang sejati.

Seluruh tenaga, masa, fikiran dan wang ringgit yang kita gunakan akan menjadi sia-sia sekiranya kejelasan matlamat tidak tercapai. Matlamat hidup yang tidak jelas berlaku secara berleluasa dalam realiti masyarakat kita hari ini. Membiarkan hal ini berterusan bererti kita mendedahkan masyarakat kepada kerosakan demi kerosakan.


Apakah Matlamat Sebenar Kehidupan Ini?

Mengetahui matlamat sesuatu perkara, amat penting dalam melaksanakan tugas, kerja dan ibadah setiap hari. Seorang pelajar yang faham matlamat belajar akan belajar bersungguh-sungguh. Seorang pekerja yang faham matlamat kerja, akan berusaha dalam kerjayanya. Pendek kata, orang yang jelas matlamatnya akan berusaha untuk mencapainya, merasa mudah untuk mencapainya kerana sudah jelas matlamatnya.

Terfikirkah kita sebelum ini apakah matlamat kehidupan manusia itu dijadikan? Menjadi seorang lelaki mahu pun perempuan, kecil, besar, tua, muda, miskin, kaya, remaja, dewasa dan sebagainya. Apakah matlamat hidup mereka? Sebagai muslim Al-Quran secara jelas memberitahu. Manusia tidak dijadikan sia-sia, ada matlamatnya walau di mana sekali pun kedudukan, zaman dan masa. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya' : ayat 16

"Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala dan yang ada di antaranya secara main-main."

Manusia yang diciptakan oleh Allah SWT sudah jelas matlamatnya seperti yang dijelaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud;

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat" Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi?" Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata) "Adakah Engkau ( Ya Tuhan kami) hendaklah menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dan memujiMu dan mensucikanMu. Tuhan berfirman "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."

Manusia wajib taat dan patuh kepada Allah SWT, Rasulullah SAW dengan mengikut ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah. Mereka hendaklah berusaha untuk meneruskan kehidupan mengikut acuan al-Quran dan sunnah. Yang jelasnya muslim adalah orang yang jelas hala tujunya menjadi hamba Allah yang berjaya mengikut peraturan sebagai khalifah di muka bumi walaupun diuji dengan pelbagai ujian dan halangan yang kadang-kadang di luar dugaan. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah ali-Imran ayat 14 yang bermaksud;

"Dihiaskan (dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda dari emas dan perak, kuda peliharaan, dan binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah SWT ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (Syurga)."

Memahami tuntutan Qada' dan Qadar serta lumrah kehidupan samaada susah dan senang, penyakit, adalah ujian dari Tuhan dalam mencapai kejayaan hidup sebagai seorang muslim.

Realitinya matlamat ini bermula dari rumah. Ibu bapa mahupun penjaga yang mendidik anak-anak sebenarnya orang yang menginginkan masa depan anak-anak menjadi orang yang berjaya di dunia ini dan di akhirat kelak. Oleh yang demikian, mereka sepatutnya mempunyai matlamat yanga jelas dalam mendidik generasi mereka.

Lukman al-Hakim telah berpesan kepada anaknya dengan pesanan yang disebutkan di dalam al-Quran dalam surah Lukman ayat 17-19 yang bermaksud;

"Wahai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala' bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong takbur lagi membangga diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."

Marilah sentiasa meningkatkan keimanan kita dengan memahami matlamat yang sebenar kehidupan. Agama bukan sekadar ikutan (taklid), atau hanya untuk digunakan bagi sesuatu perkara seperti semasa perkahwinan, kematian dan sebagainya, sedangkan Islam meliputi seluruh kehidupan manusia. Sebagai contohnya sambutan maulidur rasul yang disambut setiap tahun bukan sahaja sambutan yang perlu dibesarkan tetapi sunnah nabi itu yang diutamakan.

Muhasabah diri dari dari semasa ke semasa, sejauh mana kita yang dibekalkan dengan al-Quran dan as-Sunnah ini benar-benar mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Usah jadikan watak-watak hiburan semata-mata dalam mengejar dunia yang sementara ini sedangkan ia tidak diajarkan oleh sunnah Rasulullah SAW. Telitikanlah ajaran Islam melalui al-Quran dan hadis segala keperluan kehidupan ada di dalamnya.


Matlamat Sebenar Kejadian Manusia

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"
(Surah Az-Zariyat 51: Ayat ke 56)

Tuesday, April 12, 2011

TIPS KECANTIKAN UNTUK WANITA SOLEHAH





Salam semua..kali ni saya saya nak bagi tips tentang kecantikan untuk wanita solehah, sebenarnya kecantikan fizikal ni takkan pernah kekal pun tapi kecantikan hati yang suci murni akan kekalkan anda selama-lamanya disana nanti. Apabila hati itu cantik maka insya' Allah segala-galanya akan cantik


" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"


1 . Bulu kening

Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )

" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan "An-Nur : 31
  • menampakkan kaki
  • menghayungkan/ melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian

" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada

" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31

5 . Gigi

" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim


6 . Muka dan leher

" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
  • bersolek ( make-up )
  • menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah


7 . Muka dan Tangan

" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja " Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan

" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata

" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31

Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan " Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi


10 . Mulut ( suara )

" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi " Riwayat Ibn Majah


11 . Kemaluan

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) " An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat T irmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah


12 . Pakaian

" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim
  • Berpakaian tipis / jarang
  • Berpakaian ketat / membentuk
  • Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59


13 . Rambut

" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim

14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya...

Peringatan utk diri sndri jua..mge Aku dpt menjaga auratku dgn sebaiknya..

Sunday, April 3, 2011

happiness..

BROGA HILL..waiting 4 me tomorrow..:)


hari2 sy rase sprt brd di ats bulan..terasa terawang-awangan..melihat bintang2 b'kerlipan d mlm hari..sgt cntik..

rse b'syukur ats kurniaan Allah yg tlh memberikan rasa bhgia dlm hati ini..namun, ape yg psti, kbhagiaan itu kite yg cari,.firstly, berilah kegembiraan dan bahagiakn lah org lain dulu, surely kita psti dpt kecapi sebuah kebahagiaan itu..

to my en fiancee, u r one, not two n three..
mge Allah merahmati p'hubungan kite..

sorry everyone,kalo mlm ni sy sgk melalut, btw, sy nk brtw kt sini sbnrnye bhw sok sy kne bgun pg2 cz kol5 nt sy dh nk kne bgun tuk p'gi ke BROGA HILL..yehoo sy mau mndaki stlh lbh krg 5 tahun x mndaki..heharap sy ada stamina yg kuat sok tuk smpai ke pncaknye..chaiyyok2 mai..kpd sume pndaki BrOGA pstikn sok kite smpai ke puncaknye..yeay,JPQS bleh..!!




Thursday, March 17, 2011

PeMbAzIrAn tAnPa DisEdArI..

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibnu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)


Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia..Jom kite chek:

Text ColorIlmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
(Ilmu tnpa amal umpama pohon yg tidak b'buah,nothing)

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
(cek amalan kita dr pg smpai mlm adkh ikhlas b4 tdo)

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
(mge kekayaan yg dikecapi mkin mghampirkn dri kita dgn Allah)


Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
(mngingati Allah after subuh n asr dgn mngucapkan subhanaAllah walhamdulillahi walailahaillallah Allahuakbar walahaulawalaquwwata illa billahil 'Aliyyil 'Azim..dan boleh dtambah dgn selawat berserta istigfar)

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
(mge masa muda n tgh single ni dpt digunakan utk b'ibdah dgn sebaiknya)

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
(Mncintai seseorang krn Allah krn Dialah Pemberi cinta itu)


Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
(Masa itu Duit)

Akal.

Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
(Akal fikiran merupakan anugerah Allah swt yg paling utma kpd manusia, kriteria t'penting yg mmbezakn manusia drpd makhluk selainnya)

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
(Ya Allah,jauhkn lah kami t'golong dlm golongan ini..Amin..)

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.


Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.


Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.




Firman Allah:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ


"Sekali-Kali Tidak Akan Redha
Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani Itu Sehingga Engkau
Mengikut Cara Hidup Mereka." (Al Baqarah: 120)


Wednesday, March 16, 2011

iMpIankU aKhirNya T'cpaI jUA...

SALAM...wah..sgt mrindui my blog..dh setaun upenye me tngglkn dy..x t'jga, x t'bela dh blog me..lately, me rse windu sgt nk mgupdate..akhirnye,arini t'cpai gak hajat dihati..b4 ni rse cm xde mse jek nk mgupdate cz sibuk ngn thesis, assigment n myb sbb xde idea gak ape yg nk diceritakan..yela,xnk cite lebey2 la psl dri me kt blog ni tkut ade org xsuke..tp arini me nk mengarang gak (ceh yek2 jek mgarang),,sape yg x suke tu x yah la bce n blehla tinggalkn entry ni ea..yela,tkut t'sakit hati ke,x bgus kalo sakit2 hati ni nt leh jd bgkak hati..ehee..


act, kt blog me ni,me mmg xsuke nk cerita prihal dri sndr..yela tkut2 la kalo t'cerita bnda yg x baik kn dh jd b'dosa nmenye tu..td bru jek dgr petikan dari Tnyalah Ustaz TV9 drpd us Zaharuddin Abd Rahman. kt situ dia ada ckp yg keghairahan seseorang b'kongsi segala-segalanya di dlm facebook, blog, tnpa sedar akn boleh mempergandakan lagi dosa seseorang. so,kalo nk cite ape2 pon kt sini me kne la b'tapiskn..kt sini me petik ckit apa yg t'kndung dlm petikan beliau mngenai hadith individu yg tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. me amik petikan hadith ni kt link us tu tau but b4 tu dh dgr dlu lah kt videonye..

Nabi SAW memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه


Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


me jumpe link us Zaharuddin melalui fb sorg muslimin ni, faiz ghazali nmnye,,maafla en, me promot nme en kt cni,me pon xkenai dy spe tp yg pasti student ukm la..n kt fb dy gak me jpe link ni n me trus t'tarik..ha, ni linknye http://www.zaharuddin.net/..mmg bguslah web ni utk kite jd kn rujukan informasi Islam dlm kehidupan seharian kite ni selain drpd rujukan utama kita Al-Quran & Al-Sunnah.


Hidup kita ni ada byk tnggungjawab n antr slh satunya ialah dengan b'dkwah. n me rse b'tnggungjawab utk melaksanakan tnggungjwb ini n myb me lbh mampu utk b'dkwah dgn melalui medium ini..mge dakwah trus b'kembang ke serata dunia..


Sabda Rasulullah SAW:

بَلِّغْ عَنِّي وَلَوْ آيَةْ


Maksudnya: Sampaikanlah Daripadaku Walaupun Sepotong Ayat..


Friday, February 12, 2010

Entry kali ini saya nak terangkan serba sedikit tips-tips yang telah diberikan oleh pakar motivasi yang tak asing lagi di Malaysia ni iaitu Dato Dr. Fadzilah Kamsah .Sama2 kita hayati moga memperoleh ilmu yang berguna untuk masa depan kita.Insyaallah!

Adat Makan & Minum

1)Maafkan semua kesilapan orang tak kira siapa dia tu sama ada pernah buat jahat kepada kita atau tidak.Insyaallah Allah akan lipat gandakan rezeki kita.Ini kerana,sebelum tidur apabila kita memaafkan semua kesilapan orang,Otak kita akan generatekan semua ucapan kita dan kita akan bersemangat keesokan harinya.

2)Adalah lebih baik kita makan buah buahan yang ada vitamin C sebelum breakfast, lunch atau dinner dan ini merupakan satu Sunnah dan kita kan mendapat ganjaran pahala.

3)Jangan minum air semasa sedang makan dan minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama, biarkan air dalam mulut di antara 10 saat kemudian baru telan. Selepas itu,teguk kedua dan seterusnya baru boleh minum terus kerana air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas dan perut kita.

4)Adalah lebih baik makan malam sebelum maghrib kerana ini merupakan sunnah Rasullullah.S.A.W. Elok kepada kita yang nak study pada waktu malam kerana otak akan berfungsi dengan lebih baik dan mudah untuk ingat apa yang kita belajar.Orang cina memang suka makan pada waktu petang diantara jam 6.30 ptg - 7.30 malam.

Adat Dalam Bilik Air

1)Selepas kita buang air kecil,Pastikan kita teran sikit kerana ini dapat elak kita dapat batu karang.Dan time nak buang air besar pula,pastikan kita mengiring sikit ke kiri.Ini kerana mengikut sunnah,bila kita mengiring ke kiri,kita akan mudah buang air besar kerana perut akan tekan bladder.

Adat Mendidik Anak

1)Antara tips yang diberikan oleh Dr.Fadzillah Kamsah dalam mendidik anak, untuk dpt anak yang bijak dan genius, pastikan kita tidur mengiring ke kanan kerana jantung(terletak sebelah kiri) akan lebih mudah berdegup (baik untuk perjalanan darah) dan otak anak akan lebih cepat berkembang.

2)Jangan pakaikan anak2 "hyper active" or kurang "hyper active" baju yang bewarna orange kerana boleh merangsang tindak tanduk anak menjadi lebih nakal dan sentiasa bersemangat waja.


Adat Mendidik Diri Sendiri(kita)

1)Amalkan amalan dan perkara2 yg baik selama 21+ dan seterusnya. Rasullullah S.A.W pernah bersabda,amalan yg diamalkan sekitar 21 hingga 30 hari seterusnya akan menjadi tabiat dan kalau tak amalkan, ilmu itu akan mati.

2)Buang semua hasad dengki,dendam,tak puas hati or whatever benda2 yang negativ yang ada dalam diri kita bagi membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine dan boleh kurangkan penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya),selalu sakit perut dan sebagainya.

3 Kategori Manusia

TERPEDAYA :Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

"Anda Berada Dalam Kategori Mana".? Tepuk Dada tanyalah Iman..Wasalam