Powered By Blogger

Friday, February 12, 2010

Entry kali ini saya nak terangkan serba sedikit tips-tips yang telah diberikan oleh pakar motivasi yang tak asing lagi di Malaysia ni iaitu Dato Dr. Fadzilah Kamsah .Sama2 kita hayati moga memperoleh ilmu yang berguna untuk masa depan kita.Insyaallah!

Adat Makan & Minum

1)Maafkan semua kesilapan orang tak kira siapa dia tu sama ada pernah buat jahat kepada kita atau tidak.Insyaallah Allah akan lipat gandakan rezeki kita.Ini kerana,sebelum tidur apabila kita memaafkan semua kesilapan orang,Otak kita akan generatekan semua ucapan kita dan kita akan bersemangat keesokan harinya.

2)Adalah lebih baik kita makan buah buahan yang ada vitamin C sebelum breakfast, lunch atau dinner dan ini merupakan satu Sunnah dan kita kan mendapat ganjaran pahala.

3)Jangan minum air semasa sedang makan dan minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama, biarkan air dalam mulut di antara 10 saat kemudian baru telan. Selepas itu,teguk kedua dan seterusnya baru boleh minum terus kerana air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas dan perut kita.

4)Adalah lebih baik makan malam sebelum maghrib kerana ini merupakan sunnah Rasullullah.S.A.W. Elok kepada kita yang nak study pada waktu malam kerana otak akan berfungsi dengan lebih baik dan mudah untuk ingat apa yang kita belajar.Orang cina memang suka makan pada waktu petang diantara jam 6.30 ptg - 7.30 malam.

Adat Dalam Bilik Air

1)Selepas kita buang air kecil,Pastikan kita teran sikit kerana ini dapat elak kita dapat batu karang.Dan time nak buang air besar pula,pastikan kita mengiring sikit ke kiri.Ini kerana mengikut sunnah,bila kita mengiring ke kiri,kita akan mudah buang air besar kerana perut akan tekan bladder.

Adat Mendidik Anak

1)Antara tips yang diberikan oleh Dr.Fadzillah Kamsah dalam mendidik anak, untuk dpt anak yang bijak dan genius, pastikan kita tidur mengiring ke kanan kerana jantung(terletak sebelah kiri) akan lebih mudah berdegup (baik untuk perjalanan darah) dan otak anak akan lebih cepat berkembang.

2)Jangan pakaikan anak2 "hyper active" or kurang "hyper active" baju yang bewarna orange kerana boleh merangsang tindak tanduk anak menjadi lebih nakal dan sentiasa bersemangat waja.


Adat Mendidik Diri Sendiri(kita)

1)Amalkan amalan dan perkara2 yg baik selama 21+ dan seterusnya. Rasullullah S.A.W pernah bersabda,amalan yg diamalkan sekitar 21 hingga 30 hari seterusnya akan menjadi tabiat dan kalau tak amalkan, ilmu itu akan mati.

2)Buang semua hasad dengki,dendam,tak puas hati or whatever benda2 yang negativ yang ada dalam diri kita bagi membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine dan boleh kurangkan penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya),selalu sakit perut dan sebagainya.

3 Kategori Manusia

TERPEDAYA :Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

"Anda Berada Dalam Kategori Mana".? Tepuk Dada tanyalah Iman..Wasalam