Thursday, March 17, 2011

PeMbAzIrAn tAnPa DisEdArI..

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibnu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)


Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia..Jom kite chek:

Text ColorIlmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
(Ilmu tnpa amal umpama pohon yg tidak b'buah,nothing)

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
(cek amalan kita dr pg smpai mlm adkh ikhlas b4 tdo)

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
(mge kekayaan yg dikecapi mkin mghampirkn dri kita dgn Allah)


Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
(mngingati Allah after subuh n asr dgn mngucapkan subhanaAllah walhamdulillahi walailahaillallah Allahuakbar walahaulawalaquwwata illa billahil 'Aliyyil 'Azim..dan boleh dtambah dgn selawat berserta istigfar)

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
(mge masa muda n tgh single ni dpt digunakan utk b'ibdah dgn sebaiknya)

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
(Mncintai seseorang krn Allah krn Dialah Pemberi cinta itu)


Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
(Masa itu Duit)

Akal.

Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
(Akal fikiran merupakan anugerah Allah swt yg paling utma kpd manusia, kriteria t'penting yg mmbezakn manusia drpd makhluk selainnya)

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
(Ya Allah,jauhkn lah kami t'golong dlm golongan ini..Amin..)

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.


Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.


Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.




Firman Allah:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ


"Sekali-Kali Tidak Akan Redha
Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani Itu Sehingga Engkau
Mengikut Cara Hidup Mereka." (Al Baqarah: 120)


2 comments: